Kamis, 10 November 2011

pasar persaingan sempurna

Pasaran Persaingan Sempurna (PPS) ialah sebuah pasaran yang mengandungi ramai penjual dan pembeli yang sedang melakukan aktiviti menjual dan membeli satu barang yang homogen pada satu tingkat harga yang telah ditetapkan oleh pasaran.

CIRI-CIRI :-

(A) ramai penjual dan pembeli
- tindakan penjual atau pembeli tidak mampu mempengaruhi pasaran

(B) kebebasan keluar masuk
- jika sebuah firma dalam pasaran dapat untung, firma lain bebas masuk ke dalam pasaran tersebut.
- jika sebuah firma dalam pasaran mengalami kerugian, firma lain bebas keluar dari pasaran tersebut.
- tiada halangan bagi tindakan keluar-masuk pasaran oleh sesiapa.

(C) keluaran yang homogen
- barang di pasaran sama jenis.
- barang adalah pengganti sempurna.

(D) Firma adalah penerima harga
- firma menerima harga yang ditetapkan dalam pasaran dengan mekanisme harga melalui kuasa permintaan (DD) dan penawaran (SS).

(E) pengetahuan sempurna tentang pasraan
- pembeli tahu semua harga setiap barang di pasaran.
- penjual tahu semua maklumat harga faktor pengeluaran di pasaran.
- hanya wujud satu tingkat harga sahaja untuk satu barang yang sama.

(F) mobiliti faktor
- semua faktor bebas bergerak dari satu tempat ke tempat lain.
- semua faktor sama cekap, boleh diguna.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar